Pages

Monday 2 June 2014

Anda Mengalami Masalah Jerawat?


Anda Mengalami Masalah Jerawat? Jerawat boleh di definisikan sebagai suatu masalah pada kulit yang timbul kerana minyak berlebihan, kotoran dan sel-sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit.

Bakteria penyebab jerawat akan tumbuh dan berkembang biak pada kulit yang bermasalah.. Jika perkara ini dibiarkan, pori-pori yang tersumbat akan membengkak dan mengeluarkan nanah.

Klasifikasi jerawat:

Jerawat terbahagi kepada  empat peringkat iaitu ringan, sedang, agak berat dan berat. Peringkat tersebut ditentukan berdasarkan jumlah jerawat yang ada pada wajah, dada dan punggung, serta ukuran besar kecil jerawat atau kondisi peradangan jerawat. Selain itu, di bawah ini juga termasuk dalam perbedaan jenis jerawat:

- Jerawat pada bayi yang baru lahir (newborn acne): Jerawat jenis ini menyerang sekitar 20% bayi yang baru lahir dan tergolong jerawat ringan.

- Jerawat pada bayi (infantile acne): Bayi berumur 3–6 bulan juga ditumbuhi jerawat, dan akan tumbuh kembali pada saat ia beranjak remaja.

- Jerawat vulgaris (Acne vulgaris): Jerawat jenis ini adalah yang paling umum terjadi pada remaja dan kaum remaja sekitar 12 – 24 tahun.

- Jerawat conglobata (cystic acne): Jerawat jenis ini terjadi pada kaum lelaki muda, tergolong serius namun jarang terjadi.

Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang paling merisaukan para remaja, ini adalah kerana minyak pada kulit remaja cenderung berlebihan dan mengakibatkan timbulnya jerawat.

Berdasarkan penelitian, di antara masalah kulit remaja, masalah jerawat (47%) menduduki peringkat kedua dan yang pertama adalah masalah kulit berminyak (57%).

Di antara mereka terdapat 94% remaja yang mengalami masalah jerawat akan menggunakan produk anti jerawat untuk mengatasi masalah jerawatnya. Oleh sebab itulah produk untuk mencegah jerawat yang efektif seperti sabun susu beras amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi oleh para  remaja.

 Jerawat bermula pada usia remaja. Lazimnya bahagian muka yang terjejas.

Terdapat banyak jenis jerawat seperti jerawat roscea dan jerawat vulgaris yang bukan sahaja melibatkan muka, malah turut melibatkan bahagian leher, bahu, dada dan bahagian belakang atas badan.

Pada peringkat remaja, kelenjar sebum kulit sangat aktif dalam menghasilkan sebum atau minyak akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

Pembentukan jerawat bermula dari bukaan kelenjar sebum tersekat. Keadaan ini menggalakkan bakteria merebak.

Bakteria menyebabkan bukaan kelenjar terdedah kepada kotoran. Ini seterusnya menyebabkan bukaan kelenjar menjadi kotor lalu membengkak. Akhirnya, ia akan pecah dan mengeluarkan nanah.

Jerawat tidak membawa maut. Ia lebih merupakan masalah kosmetik dan sosial.

Penyakit boleh dielakkan dengan meningkatkan kebesihan diri. Kini terdapat ubat dalam pasaran yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Walau bagaimanpun, penggunaan ubat perlulah mengikut persepsi dan arahan doktor.

p/s : Hilangkan jerawat anda dengan produk NANO SOAP - Jerawat Hilang dalam 7 Hari


No comments:

Post a Comment